Karate Gegarkan Teluk Chempedak
Kuantan: Seramai 150 pelatih karate mengadakan latihan di pantai peranginan Teluk Chempedak, Kuantan baru-baru ini. Latihan di luar dojo kali pertama diadakan itu disertai pelatih daripada Persatuan Karate Kuantan (KATA) dan Kelab Karate-do Shito-ryu Universiti Islam Antarabangsa (UIA). KATA mengadakan banyak program seumpama itu serta aktif menyediakan program pelapis bagi pasukan karate negeri. Ahli-ahli persatuan terdiri daripada segenap lapisan umur dari sekecil berusia lima tahun sehingga belia berusia 20-an. Ramai daripadanya telah banyak mewakili negeri di kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Baru-baru ini empat wakil KATA beraksi pada Kejohanan Karate-do Piala Asia (Silent Knight) di Kuala Lumpur. Mereka berjaya meraih sebutir pingat emas, satu perak dan empat gangsa. Presiden KATA Shahira Shafie, berkata bahawa latihan intensif serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelatihnya menyumbang kepada kejayaan bitu di samping kegigihan jurulatih ser